Showing posts with label Bab 3. Show all posts
Showing posts with label Bab 3. Show all posts

Thursday, July 9, 2009

Jawapan Objektif (Buku Tutoran)

Sila pastikan bahawa anda telah menjawab/mencuba soalan-soalan objektif tersebut sebelum anda merujuk jawapan.

*Sila klik comments untuk rujuk jawapan

Tuesday, July 7, 2009

Ulangkaji UPS (Bab 3)

Fungsi permintaan bagi barang A ialah
QA = 25 - 6PA + 8PB + 0.1Y

Dengan QA ialah kuantiti diminta (unit) barang A, PA ialah harga (RM) barang A, PB ialah harga (RM) barang B, dan Y ialah pendapatan pengguna (RM).

Diberi harga barang A ialah RM10, harga barang B ialah RM18, dan pendapatan pengguna ialah RM800.

a) Andaikan harga barang A berubah daripada RM10 kepada RM18 dengan andaian ceteris paribus.
(i) Hitung keanjalan permintaan harga barang A.
(ii) Hitung peratus perubahan jumlah perbelanjaan pengguna terhadap barang A.

b) Andaiakan harga barang B berubah daripada RM18 kepada RM14 dengan andaian ceteris paribus.
(i) Hitung keanjalan permintaan silang antara barang a dengan barang B.
(ii) Apakah hubungan antara barang A dan B?

c) Andaikan pendapatan pengguna meningkat daripada RM800 kepada RM1200 dengan andaian ceteris paribus.
(i) Hitung keanjalan permintaan pendapatan bagi barang A.
(ii) Tentukan jenis barang A berdasarkan nilai keanjalan permintaan pendapatan tersebut.

(Dipetik daripada Q&A STPM Ekonomi Longman)

*Sila klik comments untuk rujuk jawapan