Tuesday, July 7, 2009

Ulangkaji UPS (Bab 3)

Fungsi permintaan bagi barang A ialah
QA = 25 - 6PA + 8PB + 0.1Y

Dengan QA ialah kuantiti diminta (unit) barang A, PA ialah harga (RM) barang A, PB ialah harga (RM) barang B, dan Y ialah pendapatan pengguna (RM).

Diberi harga barang A ialah RM10, harga barang B ialah RM18, dan pendapatan pengguna ialah RM800.

a) Andaikan harga barang A berubah daripada RM10 kepada RM18 dengan andaian ceteris paribus.
(i) Hitung keanjalan permintaan harga barang A.
(ii) Hitung peratus perubahan jumlah perbelanjaan pengguna terhadap barang A.

b) Andaiakan harga barang B berubah daripada RM18 kepada RM14 dengan andaian ceteris paribus.
(i) Hitung keanjalan permintaan silang antara barang a dengan barang B.
(ii) Apakah hubungan antara barang A dan B?

c) Andaikan pendapatan pengguna meningkat daripada RM800 kepada RM1200 dengan andaian ceteris paribus.
(i) Hitung keanjalan permintaan pendapatan bagi barang A.
(ii) Tentukan jenis barang A berdasarkan nilai keanjalan permintaan pendapatan tersebut.

(Dipetik daripada Q&A STPM Ekonomi Longman)

*Sila klik comments untuk rujuk jawapan

2 comments:

Lee said...

a)(i) Ed = -0.51
(ii) Peratus perubahan jumlah perbelanjaan = 34.29%

b) (i) Eab = 0.74
(ii) barang pengganti kerana wujudnya tanda positif

c) (i) Ey = 0.48
(ii) barang normal dalam kategori barang keperluan kerana wujudnya tanda positif sementara nilai keanjalan pendapatan lebih daripada 0 tetapi kurang dan sama dengan 1.

Unknown said...

Can show the steps on how to get the answers?