Thursday, July 9, 2009

Jawapan Objektif (Buku Tutoran)

Sila pastikan bahawa anda telah menjawab/mencuba soalan-soalan objektif tersebut sebelum anda merujuk jawapan.

*Sila klik comments untuk rujuk jawapan

Tuesday, July 7, 2009

Ulangkaji UPS (Bab 3)

Fungsi permintaan bagi barang A ialah
QA = 25 - 6PA + 8PB + 0.1Y

Dengan QA ialah kuantiti diminta (unit) barang A, PA ialah harga (RM) barang A, PB ialah harga (RM) barang B, dan Y ialah pendapatan pengguna (RM).

Diberi harga barang A ialah RM10, harga barang B ialah RM18, dan pendapatan pengguna ialah RM800.

a) Andaikan harga barang A berubah daripada RM10 kepada RM18 dengan andaian ceteris paribus.
(i) Hitung keanjalan permintaan harga barang A.
(ii) Hitung peratus perubahan jumlah perbelanjaan pengguna terhadap barang A.

b) Andaiakan harga barang B berubah daripada RM18 kepada RM14 dengan andaian ceteris paribus.
(i) Hitung keanjalan permintaan silang antara barang a dengan barang B.
(ii) Apakah hubungan antara barang A dan B?

c) Andaikan pendapatan pengguna meningkat daripada RM800 kepada RM1200 dengan andaian ceteris paribus.
(i) Hitung keanjalan permintaan pendapatan bagi barang A.
(ii) Tentukan jenis barang A berdasarkan nilai keanjalan permintaan pendapatan tersebut.

(Dipetik daripada Q&A STPM Ekonomi Longman)

*Sila klik comments untuk rujuk jawapan

Ulangkaji UPS (Bab 2)

Fungsi permintaan dan penawaran barang X adalah seperti yang berikut:
Qd = 80-2P
Qs = 3P

a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan pasaran barang X.

b) Sediakan jadual yang menunjukkan kuantiti diminta dan kuantiti ditawarkan pada pelbagai tingkat harga, RM40, RM35, RM20, RM10 dan RM5.

c) Jika fungsi permintaan berubah menjadi 60-2P, hitung harga dan kuantiti keseimbangan yang baru.

d) Berdasarkan jawapan anda pada soalan (c), nyatakan apa yang terjadi kepada keluk permintaan, tingkat harga dan kuantiti keseimbangan.

(STPM 2002)

*Sila klik comments untuk rujuk jawapan

Ulangkaji UPS (Bab 1)

Yang berikut ialah jadual bagi kombinasi barang X dan Y yang boleh dikeluarkan oleh negara Z.

a) Lakarkan keluk kemungkinan pengeluaran negara Z. Nyatakan kombinasi-kombinasi pengeluaran yang tidak cekap.

b) (i) Takrfikan kos lepas, dan jelaskan maksud hukum kos lepas semakin meningkat.

(ii) Sediakan jadual untuk menunjukkan kos lepas per unit pengeluaran barang X dan barang Y.

(iii) Adakah kos lepas semakin meningkat berlaku di negara Z?

(STPM 2000)

Jawapan Ulangkaji UPS - Bab 1.doc