Monday, August 24, 2009

Jawapan Objektif (Buku Tutoran - Bab 5)

Sila pastikan bahawa anda telah cuba soalan-soalan objektif tersebut sebelum anda rujuk jawapan.

*Sila klik comments untuk rujuk jawapan.

Friday, August 14, 2009

Bab 5 (Tutoran 2 - Soalan Esei 2)

Dengan beri contoh yang sesuai, jelaskan kos eksplisit dan kos implisit.

Panduan:
1) Beri satu situasi dengan contoh berangka (Helmi sebagai seorang pengurus ingin memulakan perniagaan dengan modal sendiri, kos-kos yang ditanggung oleh beliau semasa menjalankan perniagaan tersebut adalah seperti upah pekerja, bahan mentah...)

2) Kos Eksplisit
- Definisi
- Tunjukkan contoh pengiraan

3) Kos Implisit
- Definisi
- Tunjukkan contoh pengiraan

*Sila klik comments untuk rujuk jawapan yang dicadangkan

Thursday, August 13, 2009

Jawapan Objektif (Buku Tutoran - bab 4)

Pastikan bahawa anda telah cuba soalan objektif tersebut sebelum anda klik comments

*Sila klik comments untuk rujuk jawapan

Saturday, August 8, 2009

Pembetulan Bab 4 (Tutoran 3 - Kuantitatif 1)

Sila rujuk modul anda, bagi soalan (ii)
'Jika garis belanjawan yang baru... dapatkan perubahan harga barang X'
Perubahan harga barang X
= harga baru - harga asal
= RM0.5 - RM1
= -RM0.5

Sila ubah soalan tersebut dan jadikannya sebagai 'Jika garis belanjawan yang baru... dapatkan peratus perubahan harga barang X'
Peratus perubahan harga barang X
= [(harga baru - harga asal)/ harga asal] x 100%
= [(RM0.5-RM1)/ RM0.5] x 100%
= -50%

Wednesday, August 5, 2009

Bab 4 (Tutoran 3 - Esei Panjang)

Terangkan cara untuk menerbit keluk permintaan individu melalui keluk penggunaan harga.

Anda harus menjawab dengan berdasarkan pendekatan utiliti ordinal kerana soalan telah nyatakan dengan melalui keluk penggunaan harga

Panduan:
1) Sediakan 2 rajah
- rajah (a) keluk penggunaan harga
- rajah (b) keluk permintaan barang X
Keluk Permintaan Brg X (Utiliti Ordinal).doc

2) Huraian rajah
- Keseimbangan asal
- Perubahan Px (sama ada naik ataupun turun)
- Keseimbangan baru
- Terbentuknya keluk penggunaan harga (rajah a)
- Terbentuknya keluk permintaan (rajah b)

*Sila klik comments untuk rujuk jawapan yang dicadangkan

Bab 4 (Tutoran 2 - Esei Panjang)

Dengan menggunakan teori utiliti sut, jelaskan mengapa keluk permintaan individu mencerun ke bawah dari kiri ke kanan?

Anda harus menjawab dengan berdasarkan pendekatan utiliti kardinal kerana soalan telah nyatakan teori utiliti sut

Panduan:
1) Andaian
MUX = ? MUy = ? Px = ? Py = ? I = ?

2) Keseimbangan pengguna
- syarat asas
- syarat pencukup (cuba andaikan nilai Qx dan Qy supaya jumlah perbelanjaan sama dengan I)

3) Perubahan Px (pilih sama ada harga naik ataupun turun)
- Apakah yang terjadi terhadap utiliti sut per ringgit brg x

4) Tindakan pengguna
- sama ada naikkan ataupun turunkan Qx dengan berdasarkan hukum utiliti sut berkurangan
- syarat asas
- syarat pencukup (Py Qy tetap sama seperti yang asal, tentukan nilai Qx yang baru kesan perubahan harga brg x supaya jumlah perbelanjaan sama dengan I)

5) Terbitkan keluk permintaan bagi brg x
- lakar keluk DD
- masukkan nilai Px Qx yang asal serta Px Qx yang baru
Keluk Permintaan Brg X (Utiliti Kardinal).doc

*Sila klik comments untuk rujuk jawapan yang dicadangkan