Friday, August 14, 2009

Bab 5 (Tutoran 2 - Soalan Esei 2)

Dengan beri contoh yang sesuai, jelaskan kos eksplisit dan kos implisit.

Panduan:
1) Beri satu situasi dengan contoh berangka (Helmi sebagai seorang pengurus ingin memulakan perniagaan dengan modal sendiri, kos-kos yang ditanggung oleh beliau semasa menjalankan perniagaan tersebut adalah seperti upah pekerja, bahan mentah...)

2) Kos Eksplisit
- Definisi
- Tunjukkan contoh pengiraan

3) Kos Implisit
- Definisi
- Tunjukkan contoh pengiraan

*Sila klik comments untuk rujuk jawapan yang dicadangkan

2 comments:

Lee said...

SITUASI DENGAN CONTOH BERANGKA
Helmi sebagai seorang pengurus yang berpendapatan sebanyak RM3000 sebulan ingin memulakan perniagaan sendiri dengan modal RM20 000.

Kos bulanan yang ditanggung oleh beliau semasa menjalankan perniagaan tersebut adalah seperti:
a)Upah pekerja RM 1000
b)Bahan mentah RM 2000
c)Sewa RM 1500
d)Kadar bayaran RM200
e)Kadar bunga 3%

KOS EKSPLISIT
a) definisi
kos yang melibatkan pembayaran tunai oleh firma untuk memperoleh input dalam proses pengeluaran

b) pengiraan
Kos Eksplisit = upah pekerja + bahan mentah + sewa + kadar bayaran = 1000 + 2000 + 1500 + 200 = RM4700

KOS IMPLISIT
a)definisi
kos lepas yang ditanggung oleh firma apabila firma menggunakan input milik sendiri dalam proses pengeluaran tanpa membuat sebarang bayaran tunai

b) pengiraan
Kos Implisit = (gaji + bunga) yang dilepaskan = 3000 + [(20000 x 3%)/12] = RM3050

*Pengiraan ini adalah dikira dalam bulanan, maka bunga atas modal juga perlu dibahagi dengan 12 bulan

BLUEDIAMOND09 said...

hi, can i get the past year papers for asasi science for matriculation?