Wednesday, August 5, 2009

Bab 4 (Tutoran 3 - Esei Panjang)

Terangkan cara untuk menerbit keluk permintaan individu melalui keluk penggunaan harga.

Anda harus menjawab dengan berdasarkan pendekatan utiliti ordinal kerana soalan telah nyatakan dengan melalui keluk penggunaan harga

Panduan:
1) Sediakan 2 rajah
- rajah (a) keluk penggunaan harga
- rajah (b) keluk permintaan barang X
Keluk Permintaan Brg X (Utiliti Ordinal).doc

2) Huraian rajah
- Keseimbangan asal
- Perubahan Px (sama ada naik ataupun turun)
- Keseimbangan baru
- Terbentuknya keluk penggunaan harga (rajah a)
- Terbentuknya keluk permintaan (rajah b)

*Sila klik comments untuk rujuk jawapan yang dicadangkan

1 comment:

Lee said...

RAJAH
Please download the curve from front page

HURAIAN RAJAH
KESEIMBANGAN ASAL
Keseimbangan pengguna asal tercapai pada E0 di mana keluk puas sama IC0 bertangen dengan garis belanjawan AA. Kuantiti diminta bagi barang X adalah X0.

HARGA BARANG X TURUN
Sekiranya harga barang X turun, garis belanjawan beralih dari AA ke AB

KESEIMBANGAN BARU
Keseimbangan pengguna baru tercapai pada E1 di mana keluk puas sama IC1 bertangen dengan garis belanjawan AB. Kuantiti diminta bagi barang X adalah X1.

TERBENTUKNYA KELUK PENGGUNAAN HARGA
Bagi rajah (a), apabila titik-titik E0 dan E1 disambungkan, maka terbentuknya keluk penggunaan harga (PCC).

TERBENTUKNYA KELUK PERMINTAAN
Bagi rajah (b), apabila titik-titik E0 dan E1 disambungkan, maka terbentuknya keluk permintaan bagi barang X yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan.