Tuesday, July 7, 2009

Ulangkaji UPS (Bab 2)

Fungsi permintaan dan penawaran barang X adalah seperti yang berikut:
Qd = 80-2P
Qs = 3P

a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan pasaran barang X.

b) Sediakan jadual yang menunjukkan kuantiti diminta dan kuantiti ditawarkan pada pelbagai tingkat harga, RM40, RM35, RM20, RM10 dan RM5.

c) Jika fungsi permintaan berubah menjadi 60-2P, hitung harga dan kuantiti keseimbangan yang baru.

d) Berdasarkan jawapan anda pada soalan (c), nyatakan apa yang terjadi kepada keluk permintaan, tingkat harga dan kuantiti keseimbangan.

(STPM 2002)

*Sila klik comments untuk rujuk jawapan

1 comment:

Lee said...

a) P = RM16; Q = 48 unit

b) Bentukkan satu jadual yang mengandungi item berikut [harga (RM), Qd (unit), Qs (unit)]
P = 40, Qd = 0, Qs = 120
P = 35, Qd = 10, Qs = 105
P = 20, Qd = 40, Qs = 60
P = 10, Qd = 60, Qs = 30
P = 5, Qd = 70, Qs = 15

c) P = RM12; Q = 36 unit

d) Keluk permintaan beralih ke sebelah kiri.
Harga keseimbangan telah menurun daripad RM16 kepada RM12 iaitu sebanyak RM4.
Kuantiti keseimbangan telah menurun daripada 48 unit kepada 36 unit iaitu sebanyak 12 unit.