Wednesday, June 24, 2009

Bab 2 (Tutoran 6 - Soalan Esei 1)

Dengan menggunakan rajah dan contoh berangka yang sesuai, terangkan konsep lebihan pengguna dan lebihan pengeluar.

Panduan:
1) Sediakan rajah
Rajah (Lebihan Pengguna & Pengeluar).doc
2) Penerangan lebihan pengguna
- definisi
- huraian rajah
- contoh pengiraan
3) Penerangan lebihan pengeluar
- definisi
- huraian rajah
- contoh pengiraan

*Sila klik comments untuk rujuk jawapan yang dicadangkan

1 comment:

Lee said...

LEBIHAN PENGGUNA
Lebihan pengguna ialah perbezaan antara harga yang sanggup dibayar oleh pengguna dengan harga keseimbangan pasaran.

Pada unit pertama, pengguna sanggup membayar RM10 sedangkan harga pasaran ialah RM6. Pengguna menikmati lebihan pengguna sebanyak RM4 (10-6) bagi unit yang pertama.

Pada unit kedua, pengguna sanggup membayar RM8 sedangkan harga pasaran ialah RM6. Pengguna hanya menikmati lebihan pengguna sebanyak RM2 (8-6) bagi unit yang kedua.

Pada unit ketiga, pengguna sanggup membayar RM6 sedangkan harga pasaran ialah RM6. Maka. lebihan pengguna adalah sifar (6-6) kerana harga yang sanggup dibayar sama dengan harga pasaran.

Jumlah lebihan pengguna ialah RM9 [1/2x(12-6)x3]yang boleh ditunjukkan melalui segitiga AEB.

LEBIHAN PENGELUAR
Lebihan pengeluar ialah perbezaan antara harga yang sanggup ditawarkan oleh pengeluar dengan harga keseimbangan pasaran.

Pengleuar sanggup menawarkan 1 unit barang dengan harga RM2 sedangkan harga pasaran ialah RM6. Maka, lebihan pengeluar adalah sebanyak RM4 (6-2) bagi unit pertama.

Pengeluar sanggup menawarkan 2 unit barang dengan harga RM4 sedangkan harga pasaran ialah RM6. Maka, lebihan pengeluar sebanyak RM2 (6-4) bagi unit yang kedua.

Pengeluar sanggup menawarkan 3 unit barang dengan harga RM6 sedangkan harga pasaran juga adalah RM6. Maka, lebihan pengeluar adalah sifar (6-6) bagi unit yang ketiga akibat harga yang ditawarkan sama dengan harga pasaran.

Jumlah lebihan pengeluar adalah RM9 [1/2x(6-0)x3]yang boleh ditunjukkan melalui segitiga OEB.