Wednesday, June 24, 2009

Bab 2 (Tutoran 6 - Soalan Esei 2)

Dengan bantuan gambar rajah, terangkan perubahan harga dan kuantiti keseimbangan pasaran Kicap Soya Kipas Udang jika:
a) Harga Kicap Soya Tamin turun
b) Harga kacang soya di pasaran naik

Panduan:
1) Sediakan rajah yang sesuai (keseimbangan pasaran)
Rajah a.doc
Rajah b.doc
2) Huraikan rajah
i) Keseimbangan asal
ii) Peralihan keluk sama ada keluk DD ataupun keluk SS
iii) Proses keseimbangan
iv) Keseimbangan baru
v) Kesan

*Sila klik comments untuk rujuk jawapan yang dicadangkan

2 comments:

Lee said...

a) Harga Kicap Soya Tamin turun

KESEIMBANGAN ASAL
Keseimbangan asal tercapai pada titik E0 di mana keluk permintaan D0D0 bersilang dengan keluk penawaran SoSo, pada tingkat harga keseimbangan P0 dan kuantiti keseimbangan Q0.

PERALIHAN KELUK
Keluk permintaan akan beralih ke sebelah kiri iaitu dari D0D0 ke D1D1. Hal ini kerana Kicap Soya Tamin dan Kicap Soya Kipas Udang merupakan barang pegganti. Maka, permintaan terhadap Kicap Soya Kipas Udang akan berkurang akibat penurunan harga Kicap Soya Tamin.

PROSES KESEIMBANGAN
Pada tingkat harga P0, berlakunya lebihan penawaran iaitu Qs melebihi Qd sebanyak Q2Q0. Maka, harga cenderung turun. Qs semakin berkurang di sepanjang keluk SS, sementara Qd semakin bertambah di sepanjang keluk DD sehingga keseimbangan tercapai pada titik E1.

KESEIMBANGAN BARU
Keseimbangan baru tercapai pada titik E1 di mana keluk permintaan D1D1 bersilang dengan keluk penawaran S0S0, pada tingkat harga keseimbangan P1 dan kuantiti keseimbangan Q1.

KESAN
Harga keseimbangan telah menurun daripada P0 ke P1. Sementara, kuantiti keseimbangan pula merosot daripada Q0 ke Q1.

Lee said...

b) Harga kacang soya di pasaran naik

KESEIMBANGAN ASAL
Keseimbangan asal tercapai pada titik E0 di mana keluk permintaan D0D0 bersilang dengan keluk penawaran SoSo, pada tingkat harga keseimbangan P0 dan kuantiti keseimbangan Q0.

PERALIHAN KELUK
Keluk penawaran akan beralih ke sebelah kiri iaitu dari S0S0 ke S1S1. Hal ini kerana kacang soya merupakan bahan mentah/ input bagi Kicap Soya Kipas Udang. Peningkatan harga kacang soya akan meningkatkan kos pengeluaran dan seterusnya penawaran terhadap Kicap Soya Kipas Udang akan berkurang.

PROSES KESEIMBANGAN
Pada tingkat harga P0, berlakunya lebihan permintaan iaitu Qd melebihi Qs sebanyak Q2Q0. Maka, harga cenderung naik. Qs semakin bertambah di sepanjang keluk SS, sementara Qd semakin berkurang di sepanjang keluk DD sehingga keseimbangan tercapai pada titik E1.

KESEIMBANGAN BARU
Keseimbangan baru tercapai pada titik E1 di mana keluk permintaan D0D0 bersilang dengan keluk penawaran S1S1, pada tingkat harga keseimbangan P1 dan kuantiti keseimbangan Q1.

KESAN
Harga keseimbangan telah meningkat daripada P0 ke P1. Sementara, kuantiti keseimbangan pula menurun daripada Q0 ke Q1.