Tuesday, September 1, 2009

Bab 6 (Tutoran 2 - Esei 1)

Berbantukan rajah yang sesuai, terangkan mengapakah seseorang pengeluar yang rasional sentiasa memilih untuk mengeluarkan pada tahap kos sut sama dengan hasil sut?

Panduan:
1) Sediakan rajah yang mengandungi MC dan MR

2) Huraian rajah
- syarat keseimbangan, huraikan (MC bersilang dari bawah dan dari atas)
- pada output kurang daripada Q3 iaitu Q2 (MR>MC), huraikan...
- pada output lebih daripada Q3 iaitu Q4 (MC>MR), huraikan...
- kesimpulan

*Sila klik comments untuk rujuk jawapan yang dicadangkan

1 comment:

Lee said...

KESEIMBANGAN
Keseimbangan firma tercapai apabila MC=MR. Berdasarkan rajah, terdapat dua titik yang memenuhi syarat keseimbangan iaitu titik A dan titik E.

Bagi titik A, MC bersilang dengan MR dari atas. Ini bermakna tambahan satu unit output akan menyebabkan MR>MC. Maka, firma tidak harus menghentikan keluarannya pada output Q1.

Bagi titik E pula, MC bersilang dengan MR dari bawah. Ini bermakna tambahan unit output yang seterusnya akan menyebabkan MC>MR. Maka, pengeluar yang rasional akan berhenti dan memilih untuk mengeluarkan output pada Q3.


OUTPUT KURANG DARIPADA Q3
Pada tingkat output yang kurang daripada Q3 iaitu tingkat output Q2, MR>MC. Tambahan output firma ke Q3 akan menambahkan keuntungan firma sebanyak BCE.


OUTPUT LEBIH DARIPADA Q3
Pada tingkat output yang lebih daripada Q3 iaitu tingkat output Q4, MC>MR. Tambahan output firma ke Q4 akan menyebabkan firma mengalami kerugian sebanyak DEF.


KESIMPULAN
Keseimbangan firma tercapai apabila MC bersilang dengan MR dari bawah.