Tuesday, September 1, 2009

Bab 6 (Tutoran 2 - Esei 2)

Berikut menunjukkan kos dan hasil sebuah firma dalam pasaran persaingan sempurna.
TR : RM50000
TVC: RM30000
TC : RM60000

Berdasarkan maklumat, apakan tindakan yang harus diambil oleh firma tersebut. Jelaskan jawapan anda.

Panduan:
1) Hitung keuntungan/ kerugian firma
2) Hitung kos tetap
3) Bandingkan jawapan (1) dan (2)
4) Tindakan firma

*Sila klik comments untuk rujuk jawapan yang dicadangkan

1 comment:

Lee said...

HITUNG KEUNTUNGAN/ KERUGIAN
Untung = TR - TC (50 000 - 60 000)
Maka, firma mengalami kerugian (untung kurang normal) sebanyak RM10 000.

HITUNG KOS TETAP
TFC = TC - TVC (60 000 - 30 000)
Maka, jumlah kos tetap adalah sebanyak RM30 000.

BANDINGKAN JAWAPAN
Firma mengalami kerugian sebanyak RM10 000. Ini bermakna sekiranya firma ingin meneruskan operasi, kos yang perlu ditanggung oleh RM10 000.

Jikalau firma ingin memberhentikan operasi, kos yang perlu ditanggung adalah kos tetap sahaja iaitu RM30 000.

TINDAKAN FIRMA
Sebagai seorang pengeluar yang rasional, firma akan memilih untuk menanggung kos yang lebih kecil iaitu sebanyak RM10 000. Maka, firma akan mengambil tindakan untuk meneruskan operasi.