Saturday, September 12, 2009

Bab 6 (Tutoran 6 - Esei Ringkas)

Terangkan mengapa firma dalam pasaran persaingan sempurna sentiasa mencapai kecekapan peruntukan?

Panduan:
1) Sediakan rajah yang sesuai

2) Huraian
- kecekapan peruntukan tercapai apabila P=?
- bagi firma PPS, P=?
- terangkan bagaimana keseimbangan diperolehi
(MR >MC, MR< MC, MR=MC)
- oleh sebab P=MR, maka P=MC

*Sila klik comments untuk rujuk jawapan yang dicadangkan

1 comment:

Lee said...

Kecekapan peruntukan tercapai apabila P=MC

Bagi firma pasaran persaingan sempurna, P=AR=MR kerana firma adalah penerima harga

Sekiranya MR > MC, firma akan menambahkan output. Apabila MR < MC pula, firma akan mengurangkan output. Maka, keseimbangan tercapai pada titik E apabila MC=MR. Tingkat harga keseimbangan adalah P sementara kuantiti keseimbangan adalah Q.

Oleh sebab P=MR, maka P=MC. Akhirnya, firma pasaran persaingan sempurna sentiasa mencapai kecekapan peruntukan.