Wednesday, September 16, 2009

Bab 6 (Tutoran 7 - Esei Ringkas 2)

Huraikan tiga ciri yang membezakan pasaran oligopoli dengan pasaran persaingan bermonopoli.

Panduan:
Bandingkan perbezaan oligopoli dengan persaingan bermonopoli dari aspek:
a) Bilangan firma
b) Saling bergantungan firma
c) Sekatan kemasukan firma

*Sila klik comments untuk rujuk jawapan yang dicadangkan

1 comment:

Lee said...

Perbezaan oligopoli dengan persaingan bermonopoli

BILANGAN FIRMA
Bilangan firma bagi pasaran oligopoli adalah sedikit.
Manakala, bilangan firma bagi pasaran persaingan bermonopoli adalah banyak.

SALING BERGANTUNGAN FIRMA
Bagi pasaran oligopoli, tindakan sesebuah firma akan mempengaruhi firma lain dan firma itu sendiri akibat bilangan firma yang sedikit dalam pasaran.
Manakala, firma persaingan bermonopoli adalah tidak saling bergantung dalam pasaran.

SEKATAN KEMASUKAN FIRMA
Bagi pasaran oligopoli, wujudnya sekatan kemasukan firma dalam industri kerana memerlukan modal yang besar dan tingkat teknologi yang tinggi untuk memulakan operasi.
Manakala, firma persaingan bermonopoli bebas keluar masuk ke dalam pasaran.