Tuesday, September 1, 2009

Bab 6 (Tutoran 2 - Esei 2)

Berikut menunjukkan kos dan hasil sebuah firma dalam pasaran persaingan sempurna.
TR : RM50000
TVC: RM30000
TC : RM60000

Berdasarkan maklumat, apakan tindakan yang harus diambil oleh firma tersebut. Jelaskan jawapan anda.

Panduan:
1) Hitung keuntungan/ kerugian firma
2) Hitung kos tetap
3) Bandingkan jawapan (1) dan (2)
4) Tindakan firma

*Sila klik comments untuk rujuk jawapan yang dicadangkan

Bab 6 (Tutoran 2 - Esei 1)

Berbantukan rajah yang sesuai, terangkan mengapakah seseorang pengeluar yang rasional sentiasa memilih untuk mengeluarkan pada tahap kos sut sama dengan hasil sut?

Panduan:
1) Sediakan rajah yang mengandungi MC dan MR

2) Huraian rajah
- syarat keseimbangan, huraikan (MC bersilang dari bawah dan dari atas)
- pada output kurang daripada Q3 iaitu Q2 (MR>MC), huraikan...
- pada output lebih daripada Q3 iaitu Q4 (MC>MR), huraikan...
- kesimpulan

*Sila klik comments untuk rujuk jawapan yang dicadangkan

Monday, August 24, 2009

Jawapan Objektif (Buku Tutoran - Bab 5)

Sila pastikan bahawa anda telah cuba soalan-soalan objektif tersebut sebelum anda rujuk jawapan.

*Sila klik comments untuk rujuk jawapan.

Friday, August 14, 2009

Bab 5 (Tutoran 2 - Soalan Esei 2)

Dengan beri contoh yang sesuai, jelaskan kos eksplisit dan kos implisit.

Panduan:
1) Beri satu situasi dengan contoh berangka (Helmi sebagai seorang pengurus ingin memulakan perniagaan dengan modal sendiri, kos-kos yang ditanggung oleh beliau semasa menjalankan perniagaan tersebut adalah seperti upah pekerja, bahan mentah...)

2) Kos Eksplisit
- Definisi
- Tunjukkan contoh pengiraan

3) Kos Implisit
- Definisi
- Tunjukkan contoh pengiraan

*Sila klik comments untuk rujuk jawapan yang dicadangkan

Thursday, August 13, 2009

Jawapan Objektif (Buku Tutoran - bab 4)

Pastikan bahawa anda telah cuba soalan objektif tersebut sebelum anda klik comments

*Sila klik comments untuk rujuk jawapan

Saturday, August 8, 2009

Pembetulan Bab 4 (Tutoran 3 - Kuantitatif 1)

Sila rujuk modul anda, bagi soalan (ii)
'Jika garis belanjawan yang baru... dapatkan perubahan harga barang X'
Perubahan harga barang X
= harga baru - harga asal
= RM0.5 - RM1
= -RM0.5

Sila ubah soalan tersebut dan jadikannya sebagai 'Jika garis belanjawan yang baru... dapatkan peratus perubahan harga barang X'
Peratus perubahan harga barang X
= [(harga baru - harga asal)/ harga asal] x 100%
= [(RM0.5-RM1)/ RM0.5] x 100%
= -50%

Wednesday, August 5, 2009

Bab 4 (Tutoran 3 - Esei Panjang)

Terangkan cara untuk menerbit keluk permintaan individu melalui keluk penggunaan harga.

Anda harus menjawab dengan berdasarkan pendekatan utiliti ordinal kerana soalan telah nyatakan dengan melalui keluk penggunaan harga

Panduan:
1) Sediakan 2 rajah
- rajah (a) keluk penggunaan harga
- rajah (b) keluk permintaan barang X
Keluk Permintaan Brg X (Utiliti Ordinal).doc

2) Huraian rajah
- Keseimbangan asal
- Perubahan Px (sama ada naik ataupun turun)
- Keseimbangan baru
- Terbentuknya keluk penggunaan harga (rajah a)
- Terbentuknya keluk permintaan (rajah b)

*Sila klik comments untuk rujuk jawapan yang dicadangkan